About Us

SIAPA DI BALIK TABIR KASIHGOLD?

"Saya berazam mengembalikan ummah pada hari ini kepada kekayaan." - DR ZAQRUL RAZMAL MOHD PODZI.

KasihGOLD bermula dengan kesusahan dan kepayahan yang dialami oleh pengasasnya, Dr Zaqrul. Beliau kehilangan perkerjaan dan diburukkan lagi akibat wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Kehilangan punca pendapatan secara tiba-tiba pada era kegawatan ekonomi ini merupakan cabaran yang sangat besar. Beliau juga tidak mempunyai simpanan mencukupi yang diperlukan pada masa ujian kehilangan pekerjaan ini berlaku.

Dalam serba keperitan, beliau memulakan KasihGOLD dengan azam untuk mengembalikan ummah pada hari ini dengan kebebasan kewangan melalui urus niaga emas. Kakitangan awal yang bekerja di KasihGOLD juga adalah dalam kalangan mereka yang tiada punca pendapatan kerana kehilangan pekerjaan dan menerima potongan gaji yang sangat banyak. Justeru, Dr Zaqrul amat memahami susah payah yang dilalui oleh kakitangannya itu.

Tiada siapa yang patut disalahkan dengan perubahan ekonomi pada ketika pandemik ini. Namun kesusahan yang dialami perkara yang benar-benar menjejaskan rutin hidup seharian.

“Saya memahami apa yang dirasai oleh kebanyakan masyarakat pada hari ini dengan hadirnya Pandemik Covid-19. Ummah kita semakin lama semakin susah. Saya mahu mengembalikan ummah pada hari ini kepada kekayaan. Emas dan perak adalah mata wang Allah. Simpan emas sekurang-kurangnya 0.25 gram. Simpan sikit demi sikit tapi berterusan. Kita kena keluar daripada kemiskinan. Jika ketika Covid ini kita ada simpanan emas, kita tak terasa begitu susahnya dengan hadirnya Covid pada hari ini,” kata Dr Zaqrul.

Walaupun bergelar Pakar Kanak-Kanak, Dr Zaqrul sedar betapa pentingnya peranan emas dan perak untuk membantu ummah. Perubahan harga komoditi ini terus meningkat sepanjang zaman dan juga tidak terkesan dengan inflasi menjadikan emas sebagi pelindung kepada ekonomi diri sendiri mahupun masyarakat secara umumnya.

Pengalaman beliau ketika menyertai misi kemanusiaan di luar negara memberikan kesan yang mendalam. Kepayahan dan penderitaan yang dialami golongan miskin dan kurang berkemampuan menjalani kehidupan seharian, menguatkan semangat Dr Zaqrul untuk berjuang membantu ummah keseluruhannya keluar daripada kemiskinan.